Pengenalan
kursus MPT1173 (Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan) diterangkan oleh En. Abdul
Razak Bin Idris. Beliau juga turut memperkenalkan tenaga pengajar lain yang
akan turut membimbing kami sepanjang sem ini iaitu Dr. Norazrena Binti Abu Samah.
Kursus ini merupakan kursus elektif yang dipilih untuk menambahkan ilmu
pengetahuan bagi mencari bahan diperpustakaan untuk menyiapkan tugasan projek 1
yang diambil dalam sem ini.
Kursus
ini merupakan satu bidang baru bagi kami yang bukan daripada kursus teknologi
maklumat. Dengan sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru, saya
berminat mengikuti kursus ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang
ilmu pengurusan sumber. Salam perkenalan kursus ini dimulakan dengan edaran dua
helaian pengenalan tentang sistem pengurusan sumber.
Pada
mulanya saya termenung seketika setelah melihat istilah-istilah baru yang agak
asing bagi saya secara jujurnya seperti DDC (Dewey Decimal Classification), AACR2 ( Anglo
American Cataloging Rules 2 ) dan lain-lain. Namun setelah mengikuti
penerangan yang disampaikan oleh En. Abdul Razak Bin Idris, saya dapat
merasakan bahawa kursus ini amat menarik untuk diikuti kerana banyak perkara
baru yang boleh dipelajari dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya,
kami diterangkan dengan Course outline bagi sem ini . Tugasan pertama kami pada minggu ini
adalah menyediakan blog bagi membuat refleksi dan memuat turun bahan-bahan yang
berkaitan dengan tajuk yang diterangkan serta menjawab tujuh soalan yang
mengkehendaki kami ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Pada pendapat saya
kursus ini amat baik diikuti oleh semua pelajar bagi membolehkan kita
mengetahui tentang kepentingan menguruskan sesuatu bahan dengan cekap dan
sistematik supaya mudah dicari semula apabila diperlukan dengan cepat.Walaupun
saya tidak mempunyai asas tentang sistem pengurusan sumber, namun saya amat
berharap setelah mengikuti kursus ini saya dapat mengaplikasikan segala ilmu
yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi kerja.
No comments:
Post a Comment