Minggu 2 : Katalog
Kuliah
pada minggu ini akan membincangkan mengenai topik Katalog.Terlebih dahulu, kami
disoal mengenai jenis-jenis perpustakaan yang terdapat di Malaysia.Terdapat
beberapa jenis perpustakaan yang diketahui umum seperti Perpustakaan Awam, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Universiti, Perpustakaan Sekolah dan Perpustakaan Khusus contohnya seperti Perpustakaan Petronas.Perpustakaan khusus
biasanya diwujudkan oleh jabatan, pejabat atau pusat-pusat kajian tertentu yang
agak spesifik dari segi bahannya.
Pengkatalogan boleh ditakrifkan sebagai proses
menyediakan satu rekod atau senarai yang mengandungi keterangan bibliografi
seperti nama pengarang, judul, nombor pengkelasan dan
sebagainya mengenai semua buku dan bahan lain yang dimilikinya dan rekod/
senarai yang dihasilkan dari proses katalog mengkatalog ini dinamakan catalog.Oleh
itu, kami dimaklumkan tentang tujuan catalog adalah sebagai perwakilan secara
kasar mengenai kandungan bahan bagi membantu membuat keputusan untuk mengetahui
secara detail atau tidak.Catalog mesti mengandungi “tools / rules” yang standard bagi memudahkan orang mencari bahan. Rules yang dimaksudkan adalah ISBD (
International Standard Bibliographic Description ) dan AACR2 ( Anglo American Cataloging Rules 2).
Kami
juga diterangkan tentang penentuan entri utama dan entri tambahan. Untuk mengetahui
dengan lebih jelas lagi tentang cara
penulisan entri utama, kami bergerak ke Perpustakaan Fakulti Pendidikan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan
dengan merujuk buku-buku, jurnal, kertas kerja persidangan dan laporan tahunan.
No comments:
Post a Comment