Tuesday, September 24, 2013

Proses mengkatalog bahan dapat diwujudkan  dengan mengambil kira peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa membuat entri utama dan entri tambahan


PENGHASILAN KATALOG DI PUSAT SUMBER UTM



KATALOG
 
Che Rahim Che Teh,
Kaedah berangka : matematik untuk sains dan kejuruteraan menggunakan maple/Che Rahim
Che Teh.- Skudai,Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia , 2005
xx , 341p. : ill ; 27cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0367-9    

Archer,J.S
Kejuruteraan Petroleum: prinsip dan amalan /J.S Archer ;
Penterjemah Ahmad Kamal Idris ; Azman Ikhsan ; Issham Ismail. – Skudai , Malaysia : UTM 1997.
xii , 379p. :  ill. ; 27cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0091    
  
Banks, Jerry.
Discrete – event system simulation / Jerry Banks, - Englewood Cliffs,
New Jersey : Prentice Hall , 1984.
xiv , 514p. : ill. , 25cm
Mengandungi indeks
ISBN 0-13-215582-6

Ahmad Shukri Mohd Nain
Tingkahlaku organisasi : pengenalan tingkahlaku individu / Ahmad Shukri
Mohd Nain – Skudai , Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia , 2002.
xiii , 274p. : ill. ; 27cm
Mengandungi indeks
ISBN 983-52-0268-0

REFLEKSI MINGGU KEDUA (KAEDAH KATALOG)



Minggu 2 : Katalog

Kuliah pada minggu ini akan membincangkan mengenai topik Katalog.Terlebih dahulu, kami disoal mengenai jenis-jenis perpustakaan yang terdapat di Malaysia.Terdapat beberapa jenis perpustakaan yang diketahui umum seperti Perpustakaan Awam, Perpustakaan Negara, Perpustakaan Universiti, Perpustakaan Sekolah dan Perpustakaan Khusus contohnya seperti Perpustakaan Petronas.Perpustakaan khusus biasanya diwujudkan oleh jabatan, pejabat atau pusat-pusat kajian tertentu yang agak spesifik dari segi bahannya.

Pengkatalogan boleh ditakrifkan sebagai proses menyediakan satu rekod atau senarai yang mengandungi keterangan bibliografi seperti nama pengarang, judul, nombor pengkelasan dan sebagainya mengenai semua buku dan bahan lain yang dimilikinya dan rekod/ senarai yang dihasilkan dari proses katalog mengkatalog ini dinamakan catalog.Oleh itu, kami dimaklumkan tentang tujuan catalog adalah sebagai perwakilan secara kasar mengenai kandungan bahan bagi membantu membuat keputusan untuk mengetahui secara detail atau tidak.Catalog mesti mengandungi “tools / rules” yang standard  bagi memudahkan orang mencari bahan. Rules yang dimaksudkan adalah ISBD ( International Standard Bibliographic Description ) dan AACR2  ( Anglo American Cataloging Rules 2).

Kami juga diterangkan tentang penentuan entri utama dan entri tambahan. Untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang  cara penulisan entri utama, kami bergerak ke Perpustakaan Fakulti Pendidikan  untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan merujuk buku-buku, jurnal, kertas kerja persidangan dan laporan tahunan.

Tuesday, September 17, 2013

MPT 1173 : Educational Resources and Information Management System


Lecturer : Dr. Norazrena Abu Samah / Abdul Razak Idris
Part B
Name : MARZIAH BINTI MUHD YUSOFF
Pay a visit to Faculty of Education Resource Centre or any other library / resource centre and PSZ (UTM Main Library) Find out:
1. How do you locate materials in the library ?
Kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan bahan di dalam perpustakaan ialah dengan menggunakan sumber OPAC (Online Public Access Catalog),Online Databases,E books, E-journal dan Easy Shelf Search System.
Bagi memastikan bahan-bahan dapat dicari dengan efektif, pelbagai langkah perlu diambil agar maklumat yang dicari mudah dan cepat diperolehi. Antara langkah-langkah tersebut adalah :
Langkah 1 : Pencarian bahan dengan merujuk sistem INFOLAN PSZ.
Langkah 2 : Sistem akan memberitahu cara pencapaian bahan (no. panggilan) dan availability.
Langkah 3 : No. panggilan akan menunjukkan lokasi bahan di PSZ.

2. How do you know that certain materials that you are looking for are available in the library ?
Dengan mengenalpasti senarai penuh bahan yang ingin diperolehi melalui e-book,e-jurnal dan koleksi yang ada di dalam perpustakaan .Manakala kaedah lain pula ialah dengan menggunakan kemudahan sistem INFOLAN di PSZ  yang akan memaparkan availability bahan yang ingin dicari.


3. What information is given about the library materials ?

Maklumat juga boleh didapati dengan memerhatikan  judul, jenis bahan, kata kunci (keyword), subjek, division, pengarang, sumber, SNN, DOI, nombor panggilan, penerbit dan tarikh terbit sesebuah buku.


4. Are there any tools/schemes used for such information/data in #2 can be generated ?

Sistem automasi INFOLAN juga boleh digunakan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu,kita  juga boleh merujuk kepada indeks dan katalog yang dipaparkan untuk memperolehi maklumat.


5. How the materials arranged on the shelves ?

Setiap bahan perlu disusun mengikut nombor panggilan yang telah ditetapkan dirak-rak tertentu.

6. What is/are schemes used for that such arrangement can be made?

Perpustakaan sekolah menggunakan sistem klasifikasi Dewey. Manakala di PSZ, sistem klasifikasi Library of Congress Classification digunakan bagi memudahkan proses menguruskan bahan.


7. Are there different shelves / area for different types of material? (AV, Journals, Large books, special collections)

Ya. Terdapat rak / kawasan yang berbeza bagi bahan yang berbeza. Ini bertujuan untuk mengklasifikasikan bahan bacaan mengikut fakulti dan subjek buku bagi memudahkan pencarian bahan di dalam perpustakaan.
Selain itu,kita juga boleh melihat susunan buku yang tinggi melebihi 28cm akan ditempatkan di rak yang lain bersama-sama buku yang tinggi berbanding buku yang tinggi kurang daripada 28cm. Di no. panggilan akan tercatat "f" sebagai folio disebabkan ketinggiannya. 


SISTEM PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN




 
Pengenalan kursus MPT1173 (Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan) diterangkan oleh En. Abdul Razak Bin Idris. Beliau juga turut memperkenalkan tenaga pengajar lain yang akan turut membimbing kami sepanjang sem ini iaitu Dr. Norazrena Binti Abu Samah. Kursus ini merupakan kursus elektif yang dipilih untuk menambahkan ilmu pengetahuan bagi mencari bahan diperpustakaan untuk menyiapkan tugasan projek 1 yang diambil dalam sem ini.
Kursus ini merupakan satu bidang baru bagi kami yang bukan daripada kursus teknologi maklumat. Dengan sifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru, saya berminat mengikuti kursus ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang ilmu pengurusan sumber. Salam perkenalan kursus ini dimulakan dengan edaran dua helaian pengenalan tentang sistem pengurusan sumber.
Pada mulanya saya termenung seketika setelah melihat istilah-istilah baru yang agak asing bagi saya secara jujurnya seperti DDC (Dewey Decimal Classification), AACR2     ( Anglo American Cataloging Rules 2 ) dan lain-lain. Namun setelah mengikuti penerangan yang disampaikan oleh En. Abdul Razak Bin Idris, saya dapat merasakan bahawa kursus ini amat menarik untuk diikuti kerana banyak perkara baru yang boleh dipelajari dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, kami diterangkan dengan Course outline bagi sem ini . Tugasan pertama kami pada minggu ini adalah menyediakan blog bagi membuat refleksi dan memuat turun bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk yang diterangkan serta menjawab tujuh soalan yang mengkehendaki kami ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Pada pendapat saya kursus ini amat baik diikuti oleh semua pelajar bagi membolehkan kita mengetahui tentang kepentingan menguruskan sesuatu bahan dengan cekap dan sistematik supaya mudah dicari semula apabila diperlukan dengan cepat.Walaupun saya tidak mempunyai asas tentang sistem pengurusan sumber, namun saya amat berharap setelah mengikuti kursus ini saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan prestasi kerja.