My blog
Tuesday, December 17, 2013
Refleksi Minggu Ketiga Belas : Penambahbaikan"Automation System" dan "Manual Cataloging"
Pada minggu ini, sesi kuliah lebih memfokuskan ke arah melengkapkan maklumat di dalam"Automation System" dan "Manual Cataloging".
Sebagaimana yang kita maklum "Automation System" ini ialah penyimpananan data di dalam perisian
Microsoft Acces, dan telah dihasilkan berperingkat-peringkat pada minggu-minggu yang sebelum ini,manakala "Manual Cataloging" adalah kesinambungan dari aktiviti membina
database tersebut.
Sepanjang sesi dijalankan, kami banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Dr.Razak dan Dr.Nor Azrena agar kami dapat menghasilkan yang terbaik dan mengikut kaedah yang ditetapkan dengan betul.
Selain itu,kami juga diterangkan oleh Dr.Razak tentang Proses Perolehan Bahan yang mana prosesnya adalah seperti berikut:
A) 1.Mula
2. Terima cadangan
3. Semak koleksi (status)-buku sedang dipesan /dalam pesanan
- diproses
4. kalau ada ,perlukah naskhah tambah @
5. kalau ya ,proses pembelian
6. Tamat
B) 1. Mula
2. Terima bahan
3. Semak pesanan dan kedaan -jika tidak
4. Kembalikan kepada pembekal
5. Invois /Bahan
6. Proses pembayaran
7. Cop no aksesen/cop hak milik
8. Hantar untuk pengkatalog
Kesimpulannya ,kita dapat memperolehi gambaran bahawa automation system adalah salah satu kaedah yang banyak membantu manusia untuk memastikan data disimpan dengan teratur dan kemas kerana ia banyak melibatkan banyak pihak terutamanya yang melibatkan dengan pembekal buku dan sebagainya.
Tuesday, December 3, 2013
Minggu KeDua Belas: Table, Query, Report dan Form di dalam Microsoft Access (Database)
Pada minggu ini kuliah yang kami lalui masih lagi berlegar
mengenai membina Table, Query, Report dan Form.Kami bersyukur kerana diberi tunjuk ajar oleh Dr.Nor Azrina dan Dr.Razak yang begitu memahami dan komited membantu untuk memastikan kami dapat membuat tugasan yang diberikan dengan baik. Latihan
amali yang berterusan perkara ini, ia akan membuatkan saya dapat memahami dan mengingati setiap langkah-langkah dalam penghasilan
Pengurusan Data yang sistematik menggunakan Microsoft Access.
Sebelum itu, Dr. Nor Azrina menyarankan agar membina table yang mempunyai maklumat yang berikut:
Setelah itu,langkah membuat Query:
Sebelum itu, Dr. Nor Azrina menyarankan agar membina table yang mempunyai maklumat yang berikut:
1) Nombor panggilan
2) Judul
3) Pengarang 1
4) Pengarang 2
5) Tempat terbit
6) Penerbit
7) Tahun terbit
8) Deskripsi fizikal
9) Nota
10) ISBN
11) Tajuk perkara 1
12) Tajuk perkara 2
13) Status
14) Harga
15) Pengkatalog
16) GMD
17) Edisi
Seterusnya,beliau membekalkan contoh pengkatalogan untuk direkodkan di dalam table yang telah dibuat dan hasilnya seperti berikut:![]() |
| Add caption |
Setelah itu,langkah membuat Query:
Buka Fail DATABASE yang disimpan > Toolbar Create > Query Wizard
Kotak New Query akan muncul
Pilih Simple Query Wizard > OK
Pilih Table yang diperlukan
Klik > untuk memilih field yang diperlukan dalam Query.
Klik < untuk membatalkan.
Klik Detail Show Every Field of Every Record atau
Summary.
Kemudian klik Next akan muncul tetingkap baru kemudian beri
nama pada
Query yang telah dibuat dan pilih Open The Query to View
Information,
Klik finish
Membuat Form
Klik Create > More Forms > Form Wizard pindahkan Field-fieldnya > NEXT
Pilih layout form > NEXT
Pilih jenis form > NEXT > FINISH
Membuat Laporan (Report)
Klik Create > Pilih Report Wizard > Pada Form Wizard, pindahkan Field-fieldnya > NEXT
Pilih jenis report yang diinginkan > NEXT > FINISH
Thursday, November 21, 2013
Minggu KeSebelas : Pengurusan Data
Pertemuan kali ini,kami didedahkan dengan penggunaan Database
dalam Microsoft Access.Sejujurnya penggunaan sistem microsoft access masih lagi baru kepada saya untuk menguasainya,namun berkat bimbingan yang diberikan oleh Dr.NorAzrina dan Dr.Razak kepada saya banyak membantu untuk menyiapkan tugasan secara ringkas tentang penggunaan Database.
Berdasarkan maklumat yang diberikan saya difahamkan data merupakan sekumpulan maklumat yang mempunyai nilai kualitatif atau kuantitatif. Data boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk seperti jadual, graf atau carta. Pangkalan data merupakan himpunan maklumat atau data yang banyak dan disimpan dalam satu tempat simpanan data (data repository) yang dikenali sebagai pangkalan data.
Pangkalan data turu ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang berkaitan. Data-data yang berkait antara satu sama lain, dikumpul dan disusun supaya mudah dicapai dan dapat digunakan oleh pengguna dari pelbagai kategori. Perolehan dan penyenggaraan data melibatkan kos yang tinggi hingga memerlukan DBMS (Database Management System).
Untuk menambahkan kefahaman lagi tentang penggunaan DBMS kami diberi penerangan oleh Dr. NorAzrina tentang penggunaan Database dengan mewujudkan table untuk dimasukkan maklumat yang diambil dari blog rakan yang telah memuatkan contoh pengkatalogan bahan.Berikut adalah perkara yang perlu disediakan dalam database:
Berdasarkan maklumat yang diberikan saya difahamkan data merupakan sekumpulan maklumat yang mempunyai nilai kualitatif atau kuantitatif. Data boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk seperti jadual, graf atau carta. Pangkalan data merupakan himpunan maklumat atau data yang banyak dan disimpan dalam satu tempat simpanan data (data repository) yang dikenali sebagai pangkalan data.
Pangkalan data turu ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang berkaitan. Data-data yang berkait antara satu sama lain, dikumpul dan disusun supaya mudah dicapai dan dapat digunakan oleh pengguna dari pelbagai kategori. Perolehan dan penyenggaraan data melibatkan kos yang tinggi hingga memerlukan DBMS (Database Management System).
Untuk menambahkan kefahaman lagi tentang penggunaan DBMS kami diberi penerangan oleh Dr. NorAzrina tentang penggunaan Database dengan mewujudkan table untuk dimasukkan maklumat yang diambil dari blog rakan yang telah memuatkan contoh pengkatalogan bahan.Berikut adalah perkara yang perlu disediakan dalam database:
- Tajuk
- Pengarang
- Edisi
- Penerbit
- Tahun Terbit
- Tempat diterbitkan
- ISBN/ISSN
- No. Panggilan
- Jenis bahan
- Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
- Pilih Create -- Forms -- Form
- Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu.
- Saiz column boleh diubah mengikut kehendak.
- Berikan nama kepada Form dan Save.
- Pilih Create -- Query Wizard
- Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
- Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
- Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
- Query selesai dicipta untuk rujukan.
Tuesday, November 12, 2013
Minggu Kesembilan :Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC
621.4021
MOH
Mohd Kamal Ariffin
Termodinamik asas/Mohd Kanal Ariffin,Skudai,
Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia ,2005
xv,277p:ill,26cm
Mengandungi bibliografi
ISBN 983-52-0392-x
1. Termodinamik 1.Judul
Thermodynamics
MOH
Mohd Kamal Ariffin
Termodinamik asas/Mohd Kanal Ariffin,Skudai,
Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia ,2005
xv,277p:ill,26cm
Mengandungi bibliografi
ISBN 983-52-0392-x
1. Termodinamik 1.Judul
Thermodynamics
Minggu Kesembilan:Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC
Minggu ini kumpulan kami di dedahkan tentang kaedah nombor panggilan dan nombor kelas DDC.Alhamdulilah berkat bimbingan Dr. Razak dan kesepakatan diantara sahabat-sahabat yang sedia membantu,saya cuba membuat yang terbaik walaupun memerlukan penelitian dan pemahaman yang mendalam tentang subjek yang diambil.Daripada penerangan yang diberi saya dapat merasakan kerja-kerja yang dilakukan oleh pustakawan bukan suatu kerja yang mudah.Sekaligus kita dapat menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak pustakawan.
Baiklah,nombor panggilan sebagimana yang dimaklumkan oleh Dr. Razak adalah suatu bentuk nombor unik yang dikhususkan untuk satu bahan atau item. Uniknya,setiap nombor yang dihasilkan mempunyai peranannya yang tersendiri. Selain nombor panggilan, sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas.
Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, pengwujudan nombor
panggilan dan nombor kelas ialah satu cabang ilmu yang memerlukan
ketelitian dalam mewujudkan nombor
terbabit.Tanpa pengetahuan yang mendalam ia tidak akan menghasilkan kod
yang tepat.Oleh itu banyak rujukan dan pemahaman mengenai dokumen yang
ingin
diberikan nombor panggilan perlu dilaksanakan.
Subscribe to:
Comments (Atom)


