Thursday, November 21, 2013

Minggu KeSebelas : Pengurusan Data

Pertemuan kali ini,kami didedahkan dengan penggunaan Database dalam Microsoft Access.Sejujurnya penggunaan sistem microsoft access masih lagi baru kepada saya untuk menguasainya,namun berkat bimbingan yang diberikan oleh Dr.NorAzrina dan Dr.Razak kepada saya banyak membantu untuk menyiapkan tugasan secara ringkas tentang penggunaan Database.

Berdasarkan maklumat yang diberikan saya difahamkan  data merupakan sekumpulan maklumat yang mempunyai nilai kualitatif atau kuantitatif. Data boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk seperti jadual, graf atau carta. Pangkalan data merupakan himpunan maklumat atau data yang banyak dan disimpan dalam satu tempat simpanan data (data repository) yang dikenali sebagai pangkalan data.

Pangkalan data turu ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang berkaitan. Data-data yang berkait antara satu sama lain, dikumpul dan disusun supaya mudah dicapai dan dapat digunakan oleh pengguna dari pelbagai kategori. Perolehan dan penyenggaraan data melibatkan kos yang tinggi hingga memerlukan DBMS (Database Management System).



Untuk menambahkan kefahaman lagi tentang penggunaan DBMS kami diberi penerangan  oleh Dr. NorAzrina tentang penggunaan Database dengan mewujudkan table untuk dimasukkan maklumat yang diambil dari blog rakan yang telah memuatkan contoh pengkatalogan bahan.Berikut adalah perkara yang perlu disediakan dalam database:


  1. Tajuk
  2. Pengarang
  3. Edisi
  4. Penerbit
  5. Tahun Terbit
  6. Tempat diterbitkan
  7. ISBN/ISSN
  8. No. Panggilan
  9. Jenis bahan
Selain itu beliau juga ,menerangkan sedikit sebanyak tentang Query dan Form dan kedua-duanya berbeza dari segi kaedah penggunaanya.Bagi Penggunaan form ialah seperti berikut:


  1. Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
  2. Pilih Create -- Forms -- Form
  3. Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu. 
  4. Saiz column boleh diubah mengikut kehendak.
  5. Berikan nama kepada Form dan Save.
Langkah-langkah untuk menghasilkan Query pula ialah seperti berikut :

  1. Pilih Create -- Query Wizard 
  2. Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
  3. Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
  4. Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
  5. Query selesai dicipta untuk rujukan.
Secara kesimpulannya,penggunaan Database memerlukan kepada perancangan kita sebelum memasukkan data-data yang diperolehi dan memerlukan kepada pemahaman tentang penggunaannya dengan baik.

2 comments:

  1. Asaalamualaikum. Mohon sudah berada di kelas pada rabu ini paling lewat jam 4.45 petang... Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Asaalamualaikum.

    Perhatian kepada rakan2 ERMS. Kelas pengajian kita pada petang ini (27/11) diawalkan pada jam 4.00 petang. Pesanan drpd Dr Azarena sebentar tadi.

    Jazakumullah.

    ReplyDelete