Tuesday, December 17, 2013

Refleksi Minggu Ketiga Belas : Penambahbaikan"Automation System" dan "Manual Cataloging"

Pada minggu ini, sesi kuliah lebih memfokuskan ke arah melengkapkan maklumat di dalam"Automation System" dan "Manual Cataloging". Sebagaimana yang kita maklum "Automation System" ini ialah penyimpananan data di dalam perisian Microsoft Acces, dan telah dihasilkan berperingkat-peringkat pada minggu-minggu yang sebelum ini,manakala "Manual Cataloging" adalah kesinambungan dari aktiviti membina database tersebut.
Sepanjang sesi dijalankan, kami banyak mendapat bimbingan  dan tunjuk ajar daripada Dr.Razak dan Dr.Nor Azrena agar kami dapat menghasilkan yang terbaik dan mengikut kaedah yang ditetapkan dengan betul.
 
Selain itu,kami juga diterangkan oleh Dr.Razak tentang Proses Perolehan Bahan yang mana prosesnya adalah seperti berikut:
A) 1.Mula
     2. Terima cadangan
     3. Semak koleksi (status)-buku sedang dipesan /dalam pesanan
                                             - diproses
    4. kalau ada ,perlukah naskhah tambah @
    5. kalau ya ,proses pembelian
    6. Tamat

B) 1. Mula
     2. Terima bahan 
     3. Semak pesanan dan kedaan -jika tidak
     4. Kembalikan kepada pembekal
     5. Invois /Bahan
     6. Proses pembayaran
     7. Cop no aksesen/cop hak milik
     8. Hantar untuk pengkatalog

Kesimpulannya ,kita dapat memperolehi gambaran bahawa automation system adalah salah satu kaedah yang banyak membantu manusia untuk memastikan data disimpan dengan teratur dan kemas kerana ia banyak melibatkan banyak pihak terutamanya yang melibatkan dengan pembekal buku dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment