Perjumpaan pada minggu ini,kami diberi sedikit sebanyak tentang perkara yang berkaitan dengan sumber maklumat. Setelah diberi penerangan yang jelas daripada Dr.Razak,dapat difahami bahawa setiap bahan yang mempunyai lokasi yang diutamakan untuk memperolehi maklumat mengenai buku-buku dan bahan bercetak,bahan-bahan kartografi dan rakaman bunyi. Setelah itu kami didedahkan dengan kaedah mengkatalog bahan yang bersiri.Bahan penerbitan secara bersiri umumnya ialah penerbitan mana-mana medium yang dikeluarkan dibahagian penerbitan yang dilakukan secara berturut-turut mengandungi kod berangka atau kronologi yang bertujuan untuk terus dijadikan rujukan pada masa akan datang.
Bentuk-bentuk penerbitan bersiri yang selalu diterbitkan ialah penerbitan jurnal,buku tahunan,laporan tahunan dan laporan yang berulang-ulang,penerbitan statistik dan bahan-bahan yang berkaitan dengan penerbitan undang-undang.Setelah diberi penerangan secara terperinci,kami dibawa ke pusat sumber untuk meneliti dan membuat amali secara berkumpulan tentang mengkatalog bahan yang bersiri
Contoh katalog bahan yang bersiri:
Jurnal teknologi: B pembinaan,reka bentuk dan perancangan
no 1 (Jun 1984)-Skudai,Johor:
Universiti Teknologi Malaysia ,2004
Dwi tahunan.
ISSN 0127-9696
Jurnal teknologi : D elektronik,kawalan,telekomunikasi dan tekonlogi maklumat
no 1 (Dis 1983) - Skudai,Johor :
Universiti Teknologi Malaysia,2000
Dwi tahunan
ISSN 0127-9696
No comments:
Post a Comment