Tuesday, October 29, 2013

Minggu Ke Tujuh : Pengelasan (Classification)

Pada minggu ini,kami didedahkan dengan kaedah pengelasan (Classification)yang merupakan salah satu komponen yang penting di dalam menyusun bahan-bahan ilmiah mengikut bidang agar maklumat yang ingin diperolehi daapat diakses dengan mudah.Kaedah yang diperkenalkan oleh Dr. Razak ialah sistem DDC.DDC adalah sistem organisasi pengetahuan umum di dunia perpustakaan. Ia mula disusun oleh Melvin Dewey (1873) dan merupakan sistem klasifikasi yang digunakan untuk menyusun maklumat dalam pelbagai bentuk (cetak atau bukan cetak) di perpustakaan. 

Terdapat 10 kelas utama pengkelasan yang dalam DDC :

000  -  Karya am
100  -  Falsafah, parapsikologi dan ilmu kebatinan, psikologi
200  -  Agama
300  -  Sains kemasyarakatan
400  -  Bahasa
500  -  Sains tulen dan matematik
600  -  Teknologi
700  -  Kesenian dan seni hiasan
800  -  Kesusasteraan
900  -  Sejarah dan geografi

Kenapa kita perlu pengkelasan?

  • Untuk menyusun bahan dengan sistematik berdasarkan bidang ilmu
  • Susunan lebih teratur di rak buku dan memudahkan pencarian semula.

Kesimpulannya, pengelasan ini amat penting dan memberi manfaat kepada sesiapa yang dapat memahaminya dan memberi kemudahan untuk mengakses bahan ilmiah dengan cepat. Ianya merupakan kesinambungan kepada proses mengkatalog yang telah dipelajari dalam sesi kuliah pada minggu-minggu sebelum ini.Terima kasih di atas bimbingan Dr....

No comments:

Post a Comment