Thursday, November 21, 2013

Minggu KeSebelas : Pengurusan Data

Pertemuan kali ini,kami didedahkan dengan penggunaan Database dalam Microsoft Access.Sejujurnya penggunaan sistem microsoft access masih lagi baru kepada saya untuk menguasainya,namun berkat bimbingan yang diberikan oleh Dr.NorAzrina dan Dr.Razak kepada saya banyak membantu untuk menyiapkan tugasan secara ringkas tentang penggunaan Database.

Berdasarkan maklumat yang diberikan saya difahamkan  data merupakan sekumpulan maklumat yang mempunyai nilai kualitatif atau kuantitatif. Data boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk seperti jadual, graf atau carta. Pangkalan data merupakan himpunan maklumat atau data yang banyak dan disimpan dalam satu tempat simpanan data (data repository) yang dikenali sebagai pangkalan data.

Pangkalan data turu ditakrifkan sebagai koleksi data logikal yang berkaitan. Data-data yang berkait antara satu sama lain, dikumpul dan disusun supaya mudah dicapai dan dapat digunakan oleh pengguna dari pelbagai kategori. Perolehan dan penyenggaraan data melibatkan kos yang tinggi hingga memerlukan DBMS (Database Management System).



Untuk menambahkan kefahaman lagi tentang penggunaan DBMS kami diberi penerangan  oleh Dr. NorAzrina tentang penggunaan Database dengan mewujudkan table untuk dimasukkan maklumat yang diambil dari blog rakan yang telah memuatkan contoh pengkatalogan bahan.Berikut adalah perkara yang perlu disediakan dalam database:


  1. Tajuk
  2. Pengarang
  3. Edisi
  4. Penerbit
  5. Tahun Terbit
  6. Tempat diterbitkan
  7. ISBN/ISSN
  8. No. Panggilan
  9. Jenis bahan
Selain itu beliau juga ,menerangkan sedikit sebanyak tentang Query dan Form dan kedua-duanya berbeza dari segi kaedah penggunaanya.Bagi Penggunaan form ialah seperti berikut:


  1. Pilih table yang ingin digunakan sebagai form.
  2. Pilih Create -- Forms -- Form
  3. Susun Field dalam aturan yang dikehendaki dengan menyeret ke bahagian tertentu. 
  4. Saiz column boleh diubah mengikut kehendak.
  5. Berikan nama kepada Form dan Save.
Langkah-langkah untuk menghasilkan Query pula ialah seperti berikut :

  1. Pilih Create -- Query Wizard 
  2. Kemudian pilih Simple Query Wizard -- ok
  3. Pilih field yang akan terlibat dalam Query seperti Tajuk, Pengarang, Penerbit, Tahun Terbit dan lain-lain untuk dipaparkan dalam Query. Field turut boleh dipilih dari Table yang berbeza.
  4. Tekan Next. Namakan Query yang dicipta. Tekan Finish.
  5. Query selesai dicipta untuk rujukan.
Secara kesimpulannya,penggunaan Database memerlukan kepada perancangan kita sebelum memasukkan data-data yang diperolehi dan memerlukan kepada pemahaman tentang penggunaannya dengan baik.

Tuesday, November 12, 2013

Minggu Kesembilan :Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC

 621.4021
 MOH


Mohd Kamal Ariffin
       Termodinamik asas/Mohd Kanal Ariffin,Skudai,
       Malaysia : Universiti Teknologi Malaysia ,2005
       xv,277p:ill,26cm
       Mengandungi bibliografi

    ISBN 983-52-0392-x

    1. Termodinamik  1.Judul
        Thermodynamics

 

Minggu Kesembilan:Nombor Panggilan dan Nombor Kelas DDC


Minggu ini kumpulan kami di dedahkan tentang kaedah nombor panggilan dan nombor kelas DDC.Alhamdulilah berkat bimbingan Dr. Razak dan kesepakatan diantara sahabat-sahabat yang sedia membantu,saya cuba membuat yang terbaik walaupun memerlukan penelitian dan pemahaman yang mendalam tentang subjek yang diambil.Daripada penerangan yang diberi saya dapat merasakan kerja-kerja yang dilakukan oleh pustakawan bukan suatu kerja yang mudah.Sekaligus kita dapat menghargai kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak pustakawan.


Baiklah,nombor panggilan sebagimana yang dimaklumkan oleh Dr. Razak adalah suatu bentuk nombor unik yang dikhususkan untuk satu bahan atau item. Uniknya,setiap nombor yang dihasilkan mempunyai peranannya yang tersendiri. Selain nombor panggilan, sistem DDC ini juga memerlukan nombor kelas.


Oleh itu,untuk membina nombor dalam sistem DDC memerlukan empat kaedah, namun hanya dua kaedah,yang selalu digunakan iaitu Table 1 Standard Subdivisions, dan Tables 2-6. Table 1 Standard Subdivision; boleh ditambahkan nombor mengikut kaedah tertentu. Tables 2-6; nombor ditambah bergantung kepada arahan yang diberikan.

Kesimpulan yang boleh dinyatakan di sini ialah, pengwujudan nombor panggilan dan nombor kelas ialah satu cabang ilmu yang memerlukan ketelitian dalam mewujudkan nombor terbabit.Tanpa pengetahuan yang mendalam ia tidak akan menghasilkan kod yang tepat.Oleh itu banyak rujukan dan pemahaman mengenai dokumen yang ingin diberikan nombor panggilan perlu dilaksanakan.

MINGGU KELAPAN : CUTI PERTENGAHAN SEMESTER