Pada minggu ini, sesi kuliah yang kami lalui masih lagi membincangkan mengenai Tajuk Perkara
(Subject Heading). Tetapi sesi kuliah pada hari ini kami diberi pendedahan yang lain, iaitu memasukkan entri tambahan dalam mengkatalog dokumen.
Tajuk Perkara dan Entri Tambahan boleh dicatatkan lebih dari satu dalam
mengkatalog dokumen.
Kami bersyukur kerana dibimbing oleh pensyarah yang banyak bersabar dan memberi dorongan untuk menguasai subjek yang diambil walaupun agak susah dan mencabar.Selain itu,Encik Razak tidak putus-putus mengingatkan bahawa tujuan utama perkara ini dilaksanakan adalah untuk membantu orang lain atau pengguna di dalam mengakses dokumen yang diperlukan dengan mudah dan tepat berkaitan sistem storan di perpustakaan.
Kesimpulannya, dalam penetapan Tajuk Perkara dan Entri Tambahan ini
memerlukan rujukan yang lebih mendalam dan ketelitian yang terperinci agar pengkelasan bahan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.
No comments:
Post a Comment